Category Archives: Senaman Seks

Posisi di bawah ini dinamakan Paschimottanasa ( पश्चिमोत्तानासन ) dalam bahasa Sanskrit. Nama berasal dari kata-kata paschima (पश्चिम, paścima) yang bermaksud “barat” atau “belakang badan”; uttana (उत्तान, uttāna) dan asana (आसन, āsana) yang bermaksud “postur” atau “tempat duduk”. Kedudukan atau posisi ini dilakukan dalam empat peringkat: 1. Duduk dan bentangkan kaki anda (berlunjur) dengan lurus dan lentur bahagian atas badan anda sambil hayun de depan dan ke belakang. Dengan setiap ayunan, anda cuba menjangkau tangan anda, menyentuh lutut, betis, pergelangan kaki, dan akhirnya jari kaki anda. 2. Anda membongkok ke depan untuk menyentuh lutut dengan tangan. 3. Anda menjangkau lebih jauh untuk menyentuh jari kaki anda. 4. Anda cuba meletakkan siku anda pada lutut, dan menyentuh lutut dengan hidung atau dahi anda. AWAS : Orang yang mengalami kesulitan membongkok belakang mereka harus berhati-hati ketika melakukan asana ini.

1/1